Marketing Brainstorm

Alhamdulillah, setelah 2 hari 1 malam berbincang idea, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa syarikat Docto Aircond telah mencapai kata sepakat dengan Karyaloka untuk memulakan satu kerjasama yang strategik.

Kerjasama ini bertujuan untuk menghasilkan video-video pemasaran berkonsepkan drama kreatif, yang pastinya akan membantu memperkenalkan jenama Docto Aircond ke satu tahap yang lain. In shaa Allah.

Melalui pendekatan kreatif ini, kami percaya bahawa penonton akan lebih terhubung dengan nilai dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Docto Aircond.

Pihak Karyaloka berasa amat teruja untuk mengendalikan projek ini. Nantikan video-video menarik dan penuh inspirasi daripada Karyaloka dan Docto Aircond dalam masa terdekat.

Leave a Replay