“Video Promosi Tahun Melawat Kedah 2025“
21 Januari 2025 – Alhamdulillah, perjanjian kolaborasi antara Karyaloka Studios Sdn. Bhd. dan Jabatan Pelancongan, Kebudayaan, dan Keusahawanan Negeri Kedah bagi menghasilkan video drama promosi Tahun Melawat Kedah 2025 telah pun dimeterai.
Majlis tersebut berlangsung di Kompleks Pelancongan Negeri Kedah, Alor Setar, dan dihadiri oleh pelbagai pihak yang berkepentingan. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Salleh Saidin sebagai Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah diatas kesudian menerima kunjungan pihak Karyaloka Studios.
Kerjasama ini dijangka memberi impak positif dalam mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan utama untuk Tahun Melawat Kedah 2025.