“Penerbitan Video Pengiklanan“
20 Februari 2025, KUALA LUMPUR – Alhamdulillah, mesyuarat pembentangan idea dan konsep untuk kerjasama penerbitan video pengiklanan antara Karyaloka Studios dan FELDA telah pun selesai dengan jayanya.
Perbincangan yang penuh semangat ini membuka ruang bagi kolaborasi strategik yang berpotensi besar untuk menghasilkan kandungan video berkualiti, yang bukan sahaja memberi impak positif kepada masyarakat, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak. Kami berharap agar segala urusan dipermudahkan untuk merealisasikan projek ini.🤲🏻